Home » Tag Lencana Sekolah dan Tanda Nama

Tag Lencana Sekolah dan Tanda Nama

Tag Lencana Sekolah dan Tanda Nama

Tag lencana sekolah (school badge) dan tanda nama adalah aksesori wajib ada pada setiap pakaian seragam sekolah.

Lencana sekolah dan tanda nama perlu diletakkan pada setiap pakaian, sama ada dijahit atau dilekatkan di kedudukan yang tertentu kerana ianya telah ditetapkan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia supaya ianya lebih seragam dan untuk membentuk disiplin di kalangan warga pelajar sekolah.

Biasanya tag lencana sekolah atau tanda nama dijahit pada kedudukan di atas poket baju sebelah kiri bagi pelajar lelaki manakala untuk pelajar perempuan pula di jahit pada tudung kepala di sebelah kiri. Bagi pelajar yang tidak bertudung pula, tag lencana dan tanda nama dijahit atau ditampal pada baju di sebelah kiri.

Walau bagaimana pun, tatacara penggunaan tag lencana sekolah tidak ditetapkan syarat dan peraturan secara khusus oleh pihak KPM, namun pihak sekolah boleh berbuat demikian dibawah peraturan-peraturan sekolah.

Material untuk membuat tag lencana sekolah adalah jenis woven-taffeta. Size yang biasa dibuat adalah 49x50mm. Kadang-kadang ada juga tag lencana yang lebih besar, bergantung kepada size logo sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *