Home » Woven Label – Damask, Satin, Taffeta

Woven Label – Damask, Satin, Taffeta

Woven Label – Damask, Satin, Taffeta

Dalam industri pembuatan tag label untuk pakaian, terdapat pelbagai jenis tag label yang digunakan oleh pengeluar atau pemilik jenama produk untuk memperkenalkan jenama mereka kepada umum. Antaranya adalah seperti tag label jenis printed satin, nylon, rubber, metal tag, acrylic tag, pu leather, iron on label dan banyak lagi.

Antara jenis tag label kain yang popular dan banyak digunakan secara meluas adalah jenis woven atau pun label tenun.

Ramai orang keliru antara ketiga-tiga jenis woven label ini.

Untuk info, label jenis woven atau tag label tenun ini ada 3 jenis kualiti yang selalu dibuat iaitu:

  1. Damask (full damask atau half damask)
  2. Satin
  3. Taffeta

Damask

  • Label tenun Damask adalah label yang dibuat dengan menggunakan benang polyester dengan ketebalan sederhana dan ditenun dengan rapat, yang menghasilkan label yang kuat, lembut dan berkualiti tinggi.
  • Texture tag label tenun atau woven damask ini lebih lembut dan kemas kerana ditenun dengan benang campuran cotton dan polyester.
  • Boleh dibuat dalam pelbagai size dan bentuk dengan menggunakan mesin khas.
  • Warna latar (background color) untuk damask ini boleh terdapat banyak pilihan warna.
Sebahagian warna benang yang digunakan untuk membuat woven damask

Satin Quality

  • Texture woven satin lebih keras kerana material satin yang lebih tebal.
  • Size ribbon satin adalah terhad dan tidak banyak pilihan size
  • Warna latar (background color) juga terhad kerana ada 2 jenis warna ribbon satin sahaja iaitu warna putih dan hitam. Warna design banyak pilihan.

Taffeta Quality

  • Lebih nipis berbanding damask dan satin
  • Biasanya digunakan untuk membuat tag label logo atau lencana sekolah.
  • Label lebih lembut dan kualiti tenun kurang kemas
  • Harga lebih murah

Woven Taffeta – Lencana
Woven Taffeta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *